Sunday, 6 March 2011

Libya


Aku tak paham betui lah kenapa umat Islam kat kawasan Mesir, Libya, Bahrain dan sebagainya memberontak bagai nak rak. Ya, pembaharuan memang sesuatu yang bagus. Dan Mesir yang sudah berjaya menjatuhkan bekas pemimpinnya, Hosni Mubarak boleh berbangga dengan hasil usaha mereka. Tetapi, ada mereka fikirkan keselamatan orang lain dalam usaha mereka mencapai 'pembaharuan' itu? Semestinya tidak! Sampaikan para pelajar Malaysia yang sedang menuntut di sana terpaksa dibawa pulang kerana keadaan yang tidak terkawal di sana. Inikah yang Islam ajarkan kepada umatnya? Memberontak sampai nyawa orang lain dibahayakan? Setahu aku, semestinya tidak. Okay, berbalik kepada Libya, ini memang aku panas betul! Ya, betullah kot Gaddafi tu mungkin pemimpin yang kejam, atau tidak adil, atau seangkatan dengannya. Tapi, golongan muda yang kononnya berpelajaran tinggi ni, yang pergi mintak bantuan tentera Amerika Syarikat tu, bernas apa kejadahnya tu?? Mereka ni tak ada otak ke nak fikir, memang pada asalnya, hasrat mereka memang hendakkan pembaharuan, tetapi kalau dah keadaan jadi gawat macam sekarang ni, siapa yang nak dipersalahkan? Gaddafi atau mereka? Umat Islam sepatutnya bersatu tak kira apa jua keadaan yang berlaku. Ini tidak, tak pernah nak belajar dari kesilapan! Tengok sajalah Iraq, apa dah jadi dengan negara itu sekarang? Amerika Syarikat masuk, ambil minyak, dan jadikan Iraq macam negara bapak mereka pulak. Libya pun nak 'join the party' jugak ke? Ada mereka fikir impak-impak ni semasa mereka galak memberontak menentang puak yang menyokong Gaddafi? Ada?? Sudah tentu tidak! Jangan kerana marahkan nyamuk, kelambu kita bakar! Siapa yang akan untung dalam krisis ini? Sudah tentu Amerika Syarikat! Hish, Aku tak paham betui lah! Bukalah mata awak semua tu rakyat Libya yang kononnya berjihad, tak ada maknanya mati katak dalam pertempuran menumbangkan kerajaan Gaddafi ini. Fikir lah nyawa kanak-kanak yang dah mati tu, jangan terlalu mengikut perasaan. Islam menggalakkan pendamaian, jadi aku masih percaya usaha damai masih menjadi cara yang terbaik untuk menyelesaikan kekacauan ini. Aku sarankan, bukalah mata, tak nampak ke tentera negara mana yang 'first' sekali datang ke Libya untuk 'menghulurkan bantuan'? Fikir!

7 comments:

  1. Jangan kerana marahkan nyamuk, kelambu kita bakar!

    nice!

    ReplyDelete
  2. najib dh sound awal2..hahaha

    owh,aku xpuas ati dgn ciki.kejap kata ada futsal,kejap kata kensel.aku nk kau kondem dia kaw2.

    ReplyDelete
  3. nice one la tahn.ape kata ko naik jd yb?ak sah2 vote ko.hehe

    ReplyDelete
  4. Hahah, jangan kau sebut nama Najib di sini Atrash! Nasib baik pihak polis dah power track cyber-crime sekarang ni, so tak boleh nak main lepas jek ketidakpuasan hati aku kepada sesetengah pihak! Haha.

    ReplyDelete
  5. Amal, aku tak nak masuk politik, kotor! Hahaha.

    ReplyDelete
  6. atrash,bkn aku yg organize.nak kondem,kondem org lain.

    ReplyDelete
  7. Hahaha, so siapa yang organize nih?

    ReplyDelete